Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lazada Menjana Jualan Bernilai Lebih RM500 Juta Pada 11.11

Alibaba sebelum ini telah mengumumkan yang mana platform mereka menjana jualan sebanyak lebih RM100 bilion pada 11 November bersempena dengan Singles Day. Kini, Lazada (yang turut dimiliki oleh Alibaba) melalui Mashable berkongsi angka jualan mereka, mengatakan mereka telah mencapai angka jualan bernilai $123 juta pada 11.11 iaitu sekitar RM515 juta mengikut kadar tukaran semasa.

Lazada beroperasi dibeberapa buah negara, termasuk di Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Indonesia.

Pada Singles Day yang berlaku hari Sabtu lepas, ia menyaksikan lebih 6.5 juta produk dijual – dan lebih 70% transaksi berlaku pada peranti mudah-alih.

Angka ini boleh dikatakan masih kecil untuk Alibaba buat masa ini – tetapi dengan perkembangan arena e-dagang di Malaysia dan rantau Asia Tenggara ini, tidak mustahil kita melihat angka yang dicatatkan oleh Lazada terus meningkat dari hari ke hari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lazada Menjana Jualan Bernilai Lebih RM500 Juta Pada 11.11"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info