Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Bakal Hadir Dengan Ciri “Face ID” Untuk Bersaing Dengan Apple

Apple boleh dikatakan salah satu pesaing untuk Huawei, dan pengeluar dari China berkenaan sering bersaing secara aktif dalam menawarkan ciri-ciri baru dengan lebih pantas berbanding Apple.

Sebelum ini, mereka sedia mengintegrasikan sokongan dwi-kamera dan ciri seumpama “Force Touch” lebih awal daripada Apple, dan kini mereka dilihat tidak ingin ketinggalan dalam persaingan pengecaman wajah.

Apple melalui iPhone X sedia memperkenalkan ciri Face ID yang menggunakan teknologi inframerah untuk merakamkan bentuk 3D wajah. Huawei kini ingin turut hadir dengan sistem lebih kurang sama pada peranti akan datang mereka.

Huawei Animoji

Dikongsikan secara ringkas ketika pelancaran Honor V10, Huawei mengatakan mereka akan menawarkan kadar kejituaan lebih tinggi apabila ia diperkenalkan kelak. Huawei tidak menggunakan sensor lazer untuk merakamkan gambar wajah dalam 3D, tetapi menggunakan kamera khusus yang membuat “depth map“.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi produk manakah yang akan menjadi pertama untuk menggunakannya. Mungkinkah kita akan melihatnya pada Huawei P11?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei Bakal Hadir Dengan Ciri “Face ID” Untuk Bersaing Dengan Apple"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info