Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 7X Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 12 Disember

Peranti Honor terkenal dengan spesifikasi yang baik tetapi dengan harga jualan yang lebih mesra dompet. Pada awal Oktober yang lalu Honor 7X diperlihatkan secara rasmi. Hari ini pihak Honor Malaysia mengesahkan peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia pada 12 Disember ini.

Honor 7X menggunakan skrin bersaiz 5.93-inci dengan cip Kirin 659, menggunakan memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Honor 7X menggunakan dwi-kamera di belakang, yang mana menggabungkan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera 8-megapixel di hadapan.

 

Membezakan ia dengan Honor 9i (atau Nova 2i) adalah di mana ia tidak hadir dengan dwi-kamera dihadapkan, selain pada bahagian belakang ia menggunakan susunan kamera secara bersebelahan dan bukannya atas-bawah.

Ia juga masih kekal menggunakan port mikro-USB, bateri berkapasiti 3340mAh, selain dilengkapi Android 7.0 Nougat dan EMUI 5.1. Di China ia dijual pada harga RMB 1300 (~RM833) tetapi buat masa ini harga jualan di Malaysia masih belum diketahui.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Honor 7X Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 12 Disember"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info