Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sion – Kereta Elektrik Dengan Panel Solar Terbina Mula Dijual

Jumlah kenderaan elektrik akan semakin meningkat tetapi sekiranya anda sedar, jumlah stesen pengecas adalah rendah. Ia hanya terdapat di kawasan dan stesen minyak tertentu sahaja di Malaysia. Oleh itu penyelesaian kepada masalah tiada pengecas perlu diselesaikan dengan bijak. Sion ialah kenderaan elektrik yang mempunyai panel solar terbina pada bumbung. penutup enjin, boot dan pintu bagi mengecasnya sepanjang hari.

Sion dilengkapi panel solar dengan luas permukaan 7.3 meter persegi. Ia membolehkan kenderaan dicas ketika dipandu dan disimpan di tempat letak kereta. Walaubagaimanapun kenderaan tidak boleh berfungsi hanya dengan menggunakan kuasa solar semata-mata. Sebuah bateri diperlukan dan ia memberikan jarak penggunaan sehingga 250 kilometer. Sungguhpun begitu pengeluar Sion mengatakan dalam keadaan optimum, pengecasan dengan panel solar memberikan jarak penggunaan sehingga 30 kilometer sehari.

Kenderaan kompak empat pintu ini mempunyai kelajuan maksimum 140 km/j dan boleh di pra-pesan pada harga €16,000 (~RM 80,500). Ini bukan harga akhir kenderaan kerana tidak termasuk harga bateri. Sion hanya akan mula dijual pada tahun 2019 dan pengeluar berharap harga bateri akan menjadi lebih murah. Bayaran tambahan untuk bateri kemudian perlu dibayar oleh pembeli sebelum kenderaan dihantar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sion – Kereta Elektrik Dengan Panel Solar Terbina Mula Dijual"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info