Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Chrome Akan Memerangi Iklan Yang Melencongkan Ke Pautan Lain Bermula 2018

Google melalui Chrome sedia menyertakan beberapa ciri untuk mengatasi iklan kurang berkualiti di web. Sebelum ini mereka telah mengumumkan akan menghentikan kandungan yang dimainkan secara automatik bermula tahun hadapan, dan kini Google turut mengumumkan yang mana mereka akan mematikan iklan yang melencongkan sesuatu pautan (redirects) bermula 2018 kelak.

Chrome akan menghentikan iklan ke sesuatu web yang berbentuk melencongkan pautan ke web baru, atau yang mempunyai overlay untuk mencatatkan beberapa aktiviti pengguna di web berkenaan. Menjadi kebiasaan pada hari ini dimana apabila tiba di sesuatu web, apabila anda klik pada web berkenaan, ia akan membuka pautan baru – dan sekaligus membuatkan pengguna tertipu atau tidak memberikan pengalaman yang baik untuk pengguna.

Disamping itu, Google turut mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Abusive Experience Report untuk pemilik web menyemak sama ada laman mereka mempunyai sebarang masalah pengalaman pengguna atau sebaliknya.

Ciri ini akan disertakan oleh Google bermula daripada Chrome 64 yang bakal ditawarkan kepada pengguna pada 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Chrome Akan Memerangi Iklan Yang Melencongkan Ke Pautan Lain Bermula 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info