AWS re:Invent memperlihatkan pelbagai kemaskini pada perkhidmatan mereka. Meneruskan acara ini, CTO mereka Dr Werner Vogels telah memulakan perkongsian beliau dengan mengumumkan Alexa For Business, iaitu perkhidmatan pembantu peribadi maya yang memfokuskan untuk syarikat.
Amazon Alexa merupakan pembantu peribadi maya yang boleh berinteraksi dengan pengguna, dan melakukan pelbagai perkara dan tugasan. Tugasan ini digelar sebagai Alexa Skills, pengguna umum boleh mengetahui keadaan cuaca, temujanji, melakukan panggilan, mengawal peranti pintar di rumah, malah membaca kandungan Emel.
Bagi Alexa For Business, kini syarikat dan perniagaan boleh menggunakan Alexa sebagai pembantu maya mereka. Menggunakan Alexa For Business seolah-olah sama dengan mempunyai setiausaha, dimana pengguna boleh memberikan arahan pada bahasa seharian yang biasa digunakan seperti
- Alexa, dim the lights
- Alexa, cancel my staff meeting
- Alexa, start the meeting
- Alexa, start the presentation
Selain dari itu, aplikasi perusahaan yang menyediakan Alexa skills turut boleh digunakan. Aplikasi perusahaan seperti Salesforce, Splunk, MEET, boleh diintegrasikan dengan Alexa, sekaligus membantu operasi perniagaan seharian. Bagi pemilik perniagaan, anda juga boleh menetapkan ‘Skills’ ataupun arahan tertentu bagi melakukan sesuatu.
Alexa For Business boleh dicuba bermula hari ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AWS Memperkenalkan Alexa For Business – Pembantu Maya Untuk Syarikat"