Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu Band Diperkenalkan – Gelang Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan Dengan Skrin OLED

Meizu hari ini telah memperkenalkan salah satu gelang tangan pintar terbaru, dan memfokuskan kepada fungsi kecergasan melaluinya. Sama seperti gelang tangan pintar Xiaomi, ia juga kini hadir dengan skrin, iaitu skrin paparan OLED untuk memudahkan pengguna melihat beberapa perkara.

Dinamakan sebagao Meizu Band, ia turut menyertakan sokongan sensor denyutan nadi, dan boleh berfungsi sehingga 7 hari (atau 15 hari dengan nyah-aktifkan sensor denyutan nadi).

Meizu Band

Peranti ini dihubungkan kepada telefon pintar melalui sokongan Bluetooth, dan ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja, pada harga 229 Yuan (~RM147).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Meizu Band Diperkenalkan – Gelang Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan Dengan Skrin OLED"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info