Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iPhone 8 Ditawarkan Pada Harga RM3169 – Potongan Sebanyak RM480

Apple iPhone 8 baru sahaja dilancarkan pada penghujung bulan lepas di Malaysia, dan ia ditawarkan pada harga RM3649 untuk model storan 64GB. Sebelum ini, kita sedia melihat Lazada menawarkan potongan harga untuk iPhone 8, dan kini bersempena dengan 11.11, pihak Lazada turut menawarkan diskaun tambahan untuknya.

Melaluinya, kini anda boleh mendapatkan iPhone 8 pada harga serendah RM3169 – iaitu potongan sebanyak RM480 berbanding harga jualan asal.

iPhone 8 menawarkan skrin 4.7-inci, dilengkapi sokongan cip A11 Bionic, memori 2GB RAM, dan juga storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 12-megapixel untuk rakaman gambar, selain menyokong pengecasan tanpa-wayar.

Selain iPhone 8, pihak Lazada juga turut menawarkan iPhone 7 Plus RED 128GB pada harga RM3399.

Beli : iPhone 8 pada RM3169

Beli : iPhone 7 Plus RED 128GB pada RM3369



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iPhone 8 Ditawarkan Pada Harga RM3169 – Potongan Sebanyak RM480"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info