Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Sensor 3D Untuk Kamera Belakang iPhone

Apple melalui iPhone X telah mengintegrasikan kamera hadapan dengan sokongan sensor 3D untuk tujuan Face ID dan juga ciri lain seperti Animoji. Terkini, laporan baru daripada Bloomberg hadir mengatakan Apple turut sedang membangunkan sebuah sensor 3D untuk digunakan pada kamera belakang iPhone.

Apple dijangka mungkin menggunakan sensor 3D pada kamera belakang ini seawal 2019 kelak – dan ia dijangka akan menambah-baik penawaran Augmented Reality melaluinya.

Ia dikatakan sensor berkenaan akan turut menyertakan sokongan lazer – dimana ia akan memancar lazer untuk menilai jarak serta memaparkan kandungan maya dengan lebih baik melalui augmented reality.

Seperti biasa, ini adalah laporan awal dan Apple tidak mengesahkan sebarang perkara mengenai desas-desus ini. Apa pun, dengan fokus terhadap ARKit dan sebagainya, tidak mustahil untuk melihat Apple turut ingin memfokuskannya dan membawa penawaran lebih baik berbanding dengan pengeluar lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Sensor 3D Untuk Kamera Belakang iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info