Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Russia Merancang Untuk Memperkenalkan Mata Wang Digital Mereka Tersendiri

Arena kriptowang merupakan salah satu topik yang menjadi perhatian ramai pada tahun ini. Terkini, kerajaan Russia dikatakan merancang untuk melancarkan sebuah mata wang digital khusus tidak lama lagi.

Mata wang digital ini dijangka akan menggunakan sokongan teknologi rantaian-blok untuk mengawalnya, selain menjadikan ia boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan kriptowang yang lain, mata wang digital Russia ini tidak boleh dilombong oleh pengguna.

Ini secara tidak langsung memberikan lebih kawalan terhadap mata wang digital ini – selain membolehkan kerajaan mengawal mata wang berkenaan.

Buat masa ini, tiada tarikh yang diberikan lagi berkenaan bilakah mata wang digital Russia ini bakal dilancarkan.

Selain Russia, pelbagai negara turut sedang melihat kepada arena mata wang digital dan juga sokongan kriptowang. Bank Negara Malaysia sendiri telah mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan garis panduan untuk kriptowang menjelang penghujung tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Russia Merancang Untuk Memperkenalkan Mata Wang Digital Mereka Tersendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info