Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Skrin Boleh Lipat Samsung Galaxy X Dijangka Dijual Dalam Jumlah Terhad

Samsung Galaxy X dipercayai adalah nama yang diberikan kepada peranti skrin boleh lipat Samsung. Peranti Project Valley ini mempunyai kemampuan menjadi tablet apabila skrin dibuka. Menurut laporan Forbes, Samsung Galaxy X akan dijual dalam jumlah yang terhad iaitu sekitar 100.000 unit sahaja.

Ia turut dipercayai akan dilancarkan di acara CES 2018 yang berlangsung pada bulan Januari hadapan. Jumlah jualan yang kecil ini ialah bagi menguji teknologi baru. Sebelum ini pada tahun 2013, Samsung Galaxy Round dengan tubuh melengkung turut dilancarkan dalam jumlah terhad di Korea Selatan. Selepas dilancarkan tiada lagi Galaxy Round dihasilkan. Pada waktu yang sama Samsung tidak mahu Galaxy X menarik perhatian pengguna dari Galaxy S9 yang dijangka dilancarkan di MWC pada bulan Februari.

Adakah dunia sudah bersedia untuk peranti skrin boleh lipat. Peranti pertama dengan rekaan ini Kyocera Echo gagal menarik minat pengguna pada tahun 2011. Adakah peranti skrin lipat akan menjadi trend terkini selepas rekaan semua-skrin tahun ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Skrin Boleh Lipat Samsung Galaxy X Dijangka Dijual Dalam Jumlah Terhad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info