Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Windows 10 FCU, Huawei Mate 10, iPhone 8 Malaysia

Minggu ini menyaksikan pihak Microsoft akhirnya melancarkan Windows 10 Fall Creators Update kepada umum, membolehkan pengguna Windows 10 seluruh dunia memuat-turunnya dan menikmati beberapa ciri-ciri baru seperti Paint 3D dan sebagainya. Bersama-sama dengannya juga, Microsoft telah memperkenalkan Surface Book 2 yang hadir dalam dua variasi skrin saiz – iaitu 13-inci dan 15-inci.

Huawei pula pada minggu ini akhirnya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Mate 10. Hadir dalam dua variasi, ia turut menyertakan sokongan kalis air, integrasi cip pemprosesan Kirin 970 dengan keupayaan kecerdasan buatan, serta sokongan kamera belakang Leica.

Dalam arena aplikasi pada minggu ini, WhatsApp telah memperkenalkan sokongan perkongsian lokasi masa-nyata bersama rakan-rakan. Sejumlah peranti telah dilancarkan pada minggu ini, termasuk Nokia 7, peranti boleh-lipat ZTE, serta kamera aksi Sony di Malaysia.

Dan akhir sekali, Apple turut telah mula menawarkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus untuk pasaran tempatan secara rasminya bermula minggu lepas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Windows 10 FCU, Huawei Mate 10, iPhone 8 Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info