Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Dan Spesifikasi HTC U11+ Tertiris

HTC pada tahun ini sedia menerima maklumbalas positif melalui penawaran telefon pintar HTC U11 mereka. Lanjutan daripadanya, kini HTC dalam persediaan untuk pelancaran HTC U11+ – salah satu variasi peranti HTC U11 dengan skrin bersaiz besar.

HTC U11 Plus

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan melancarkannya. HTC sedia menjadualkan 2 November untuk pelancaran peranti baru – tetapi ia dikatakan mungkin lebih memfokuskan kepada HTC U11 Life dan bukannya versi HTC U11+.

Walaubagaimanapun, perkara berkenaan tidak menghentikan daripada info berkaitan HTC U11+ tertiris.

Menurut @evleaks, HTC U11+ akan hadir dengan skrin 6-inci WQHD+, menggunakan cip snapdragon 835, dan hadir dalam variasi memori sehingga 6GB RAM. HTC dijangka hanya menggunakan satu kamera pada peranti ini, iaitu 12-megapixel dibelakang, dan 8-megapixel dihadapan. Ia dijangka dilengkapi bateri 3930mAh, serta hadir dengan sokongan kalis air.

HTC turut dijangka melengkapkan ia dengan sokongan Edge Sense, selain sokongan audio Boom Sound.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Dan Spesifikasi HTC U11+ Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info