Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Merendahkan Tahap Piawaian Pengimbas Face ID Bagi Meningkatkan Pengeluaran iPhone X

iPhone X ialah peranti tercanggih pernah dihasilkan oleh Apple dengan sistem imbasan wajah Face ID. Sistem imbasan 3D ini dikatakan jauh lebih selamat berbanding Touch ID. Sebanyak 30,000 titik infra merah dipancarkan pada wajah pengguna bagi mengenalpasti identiti mereka. Komponen Face ID inilah yang menjadi sebab mengapa tahap pengeluaran iPhone X dilaporkan bermasalah.

Ini adalah kerana tahap piawaian yang tinggi yang ditetapkan oleh Apple sendiri. Akibatnya banyak komponen terpaksa ditolak dan Finisar, pembekal pengimbas gagal memenuhi permintaan Apple. Menurut laporan Bloomberg, bagi meningkatkan jumlah pengeluaran iPhone X Apple telah merendahkan tahap piawaian sistem Face ID. Dengan ini jumlah komponen yang gagal berkurangan sekaligus membolehkan lebih banyak iPhone X dapat dikeluarkan.

Walaupun piawaian telah direndahkan, sistem Face ID yang digunakan pada peranti kelak masih lagi dikatakan lebih selamat berbanding Touch ID. Bagi pengguna ini mungkin sedikit mengecewakan kerana Apple terkenal dengan penggunaan komponen terbaik pada peranti mereka sekaligus membuatkan mereka sanggup berbelanja lebih untuk memilikinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Merendahkan Tahap Piawaian Pengimbas Face ID Bagi Meningkatkan Pengeluaran iPhone X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info