Sembang Maniac

Sembang-sembang je

10 Fungsi Huawei Nova 2i Yang Memenuhi Keperluan Fotografi Anda

Trend dwi-kamera boleh dikatakan menjadi fungsi standard pada telefon masa kini, yang mana memberikan keupayaan fotografi yang lebih unik seperti kebolehan zoom optikal. Pada awalnya, keupayaan ini hadir pada peranti flagship sahaja, namun sejak akhir-akhir ini, ia telah mula didatangkan pada peranti kelas pertengahan.

Huawei Nova 2i ialah peranti kelas pertengahan terkini yang menawarkan fungsi dwi-kamera ini, dengan harga penawaran peranti yang berpatutan dan mampu dimilik pada harga RM 1,299. Sebagai peranti yang menggunakan teknologi ini, beberapa fungsi menarik telah dihadirkan pada Nova 2i ini bagi memenuhi keperluan fotografi anda.

1. Paparan skrin 5.9-inci Fullview yang lebih besar

Huawei Nova 2i hadir dengan paparan skrin bingkai nipis sebesar 5.9-inci Fullview dalam memberikan pandangan yang lebih luas berbanding saiz skrin biasa. Dengan paparan sebesar ini, ia lebih memudahkan pengguna membuat framing sewaktu mengambil gambar dengan penampakan objek yang lebih jelas.

2. Kebolehan mengambil gambar bokeh untuk kamera utama dan hadapan

Peranti ini didatangkan dengan 4 kamera, yang mana dibina berasaskan dwi-kamera untuk kamera utama, dan dwi-kamera untuk kamera hadapan. Ia membolehkan kesan bokeh dicapai tidak kira anda mengambil gambar menggunakan mana-mana bahagian kamera.

3. Suntingan bokeh selepas gambar diambil

Satu fungsi yang menarik mengenai peranti Huawei ialah kebolehan untuk membuat suntingan bokeh selepas sesuatu gambar diambil terus melalui Gallery. Ia membolehkan pengguna mengubah kedudukan atau kekuatan sesuatu fokus tanpa perlu mengambil gambar baru semula.

4. Penggambaran malam dengan bantuan Smart Ambient Flash

Sekiranya anda perlu menggunakan kamera pada waktu malam, sokongan Smart Ambient Flash dapat membantu anda untuk mencerahkan lagi tangkapan gambar yang diambil. Bukan itu sahaja, ia juga akan menganalisa pencahayaan sekililing dalam memberi perwarnaan yang lebih neutral seperti diambil ketika waktu siang.

5. Beautify Effect untuk kamera utama dan selfie

Huawei Nova 2i juga turut menampilkan sokongan Beautify Effect yang membolehkan pengguna mencantikkan lagi wajah melalui bantuan daripada perisian kamera peranti ini. Tidak seperti lain, ia tidak ditawarkan untuk kebolehan ketika selfie sahaja, tetapi turut boleh digunakan ketika mengambil gambar dari kamera utama.

6. Kebolehan mengambil sefie dengan butang pengimbas jari

Mengambil selfie kadang kala boleh menjadi sukar kerana pengguna perlu menekan butang yang berapa pada skrin. Dengan Huawei Nova 2i, tangkapan selfie tidak lagi menjadi masalah kerana pengguna hanya perlu menyentuh pengimbas jari sahaja untuk mengambil gambar.

7. 18 kesan khas untuk selfie

Anda mungkin pernah berasa bosan apabila melihat gambar selfie anda yang tidak begitu menarik untuk dikongsikan di media sosial. Dengan sokongan 18 kesan khas untuk kebolehan selfie pada peranti ini, anda boleh memilih sejumlah kesan khas yang menarik untuk dipadankan pada selfie anda. Anda boleh mengaksesnya pada pilihan ‘Effects’.

8. Bateri 3340 mAh untuk penggunaan kamera lebih lama

Menggunakan fungsi kamera pada peranti pintar boleh memakan jumlah penggunaan bateri yang begitu besar, sekaligus menyingkatkan lagi masa untuk kegunaan fotografi anda. Dalam memberikan penggunaan kamera lebih lama, Huawei Nova 2i telah didatangkan dengan bateri 3340 mAh yang optimum untuk kegunaan fotografi harian anda.

9. Storan 64GB + sokongan microSD untuk storan gambar lebih besar

Huawei Nova 2i telah didatangkan dengan storan yang cukup besar yang mana sangat mencukupi untuk menyimpan ribuan gambar dalam peranti ini. Sekiranya storan ini tidak mencukupi, ia turut menyokong storan luaran microSD yang mana boleh ditingkatkan sehingga 256GB.

10. Cip HiSilicon Kirin 659 yang serba pantas untuk tangkapan lancar

Bagi memastikan kelancaran sewaktu mengambil gambar, cip pemprosesan yang berkuasa sangat diperlukan dalam mengurangkan masa untuk proses penyimpanan gambar ke dalam peranti. Dengan penggunaan cip kelas pertengahan HiSilicon Kirin 659, peranti ini mampu mengambil gambar pantas dalam sekelip mata tanpa perlu menunggu seketika waktu untuk mengambil gambar seterusnya.


Jadi itulah fungsi-fungsi fotografi menarik yang anda boleh gunakan apabila anda memiliki Huawei Nova 2i. Sekiranya anda sedang mencari peranti yang sesuai untuk kegunaan fotografi dan dalam masa yang sama, mahukan fungsi dan spesifikasi terkini, Huawei Nova 2i dapat memenuhi keperluan anda. Peranti ini telah ditawarkan pada harga RM1,299 untuk versi storan 64GB + 4GB RAM.

Penafian: Advertorial dari Huawei.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "10 Fungsi Huawei Nova 2i Yang Memenuhi Keperluan Fotografi Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info