Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Note 3 Turut Akan Diperkenalkan Pada 11 September – Bersama-sama Mi Mix 2

Xiaomi sedia membuat pelbagai teaser untuk telefon pintar Mi Mix 2 dengan rekaan bingkai yang sangat nipis sejak beberapa minggu lepas. Ia dijadualkan untuk pelancaran pada 11 September 2017 kelak. Menariknya, bukan hanya Mi Mix 2 sahaja yang akan diperkenalkan, sebaliknya satu lagi telefon pintar baru turut akan diperkenalkan oleh Xiaomi.

Peranti berkenaan adalah Mi Note 3. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan siri telefon pintar berspesifikasi tinggi yang hadir dengan rekaan skrin melengkung pada bahagian tepi – lebih kurang sama seperti siri Edge daripada Samsung.

Pada tahun lepas, Mi Note 2 turut telah diperkenalkan bersama-sama Mi Mix, dan kini telah tiba masa untuk ia turut menerima kemaskini.

Maklumat penuh mengenai Mi Note 3 masih tidak diketahui sepenuhnya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 11 September ini untuk melihat kejutan daripada pihak Xiaomi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Note 3 Turut Akan Diperkenalkan Pada 11 September – Bersama-sama Mi Mix 2"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info