Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Menyertai Badan Disebalik Qi – Bakal Tawar Peranti Dengan Pengecasan Tanpa-Wayar?

Pengecasan tanpa-wayar telah sedia hadir pada sejumlah peranti mudah-alih pada hari ini, dan kini dengan Apple yang turut telah mengintegrasikannya pada iPhone 8 terbaru mereka, tidak mustahil kita melihat pelbagai pengeluar lain kini ingin sama bersaing dengan mengintegrasikan ciri berkenaan.

Terkini, Xiaomi yang terkenal dengan penawaran peranti pada harga mampu-milik dan lebih rendah daripada pesaing turut dilihat telah menyertai sebagai ahli dibawah Wireless Power Consortium. Ia merupakan badan disebalik piawaian pengecasan tanpa-wayar Qi, yang turut disertai oleh pengeluar lain seperti Samsung, Apple, Nokia dan sebagainya.

Dengan penyenaraian sebagai ahli, ia juga sekaligus memperlihatkan yang mana Xiaomi mungkin mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa-wayar pada peranti akan datang mereka – tanpa memerlukan sebarang aksesori tambahan.

Dan memandangkan Xiaomi turut mengeluarkan sejumlah aksesori untuk telefon pintar, sama-sama kita berharap agar mereka menawarkan pengecas tanpa-wayar pada harga lebih rendah berbanding pelbagai pengeluar lain di pasaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Menyertai Badan Disebalik Qi – Bakal Tawar Peranti Dengan Pengecasan Tanpa-Wayar?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info