Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Sedang Membangunkan Dan Menguji Ciri Membuat “Thread”

TwitterSeperti ramai sedia maklum, Twitter mengehadkan para pengguna untuk berkongsi teks sepanjang 140 aksara. Perkara ini mungkin mengehadkan pengguna sekiranya ingin berkongsi sesuatu perkara yang memerlukan penjelasan panjang – sekaligus membuatkan ramai pengguna Twitter hadir dengan apa yang dinamakan sebagai “Thread”.

Untuknya, pengguna membalas kepada Tweet asal, supaya membuatkan Tweet asal dan seterusnya bergabung antara satu sama lain, sekaligus memudahkan pembaca mengikutinya. Selain daripada kaedah membalas Tweet asal sendiri, beberapa perkhidmatan pihak ketiga turut memudahkan perkara berkenaan.

Kini, selain daripada pihak ketiga, Twitter sendiri didapati sedang menguji ciri membuat Thread pada aplikasi mudah-alih Android mereka.

Ciri ini masih disembunyikan untuk pengguna umum. Melaluinya, pengguna boleh menaip perkongsian sepanjang yang mereka inginkan, dan ia akan dibahagikan secara automatik kepada beberapa Tweet dan dikongsikan terus kepada pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna umum – atau sekadar ujian semata-mata oleh pihak Twitter.

Bagi anda sendiri, adakah anda perlukan ciri membuat Thread ini, atau sebaliknya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Sedang Membangunkan Dan Menguji Ciri Membuat “Thread”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info