Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna iPhone 8 Melaporkan Masalah Audio Panggilan Suara Telefon Pecah Dan Gangguan Statik

iPhone 8 dan 8 Plus telah mula dijual di beberapa pasaran tertentu seperti di Singapura, Dari laporan yang diterima, sambutan ke atas iPhone 8 sedikit suram jika dibandingkan dengan iPhone 7 tahun lalu kerana pengguna lebih berminat untuk membeli iPhone X. Sebilangan kecil pengguna iPhone 8 melaporkan masalah apabila melakukan panggilan suara.

 

Kualiti audio panggilan suara pecah dan sebilangan langi melaporkan gangguan statik. Aneh sekali masalah ini tidak berlaku sepanjang masa dan muncul secara rawak. Apple dalam kenyataan kepada The Verge mengatakan pihak mereka akan menyelesaikan isu panggilan suara yang kurang memuaskan ini dengan segera. Ia dipercayai akan dapat diselesaikan melalui kemaskini perisian.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengguna iPhone 8 Melaporkan Masalah Audio Panggilan Suara Telefon Pecah Dan Gangguan Statik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info