Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Menambah Sokongan Penstriman HDR Untuk iPhone 8, iPhone X Dan iPad Pro

Netflix telah mula memperkenalkan sokongan paparan HDR secara berperingkat untuk beberapa peranti berkuasa tinggi. Hari ini, Netflix turut memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Netflix untuk iOS, sekaligus menawarkan ciri Netflix HDR untuk pengguna iPad Pro generasi kedua, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga iPhone X.

Ciri HDR pada mulanya hanya ditawarkan untuk televisyen sahaja, tetapi dengan keupayaan peranti mudah-alih hari ini, ia turut membolehkan Netflix menawarkan ia pada skrin telefon pintar. Dengan sokongan HDR ini, ia menawarkan ciri paparan yang lebih baik, disamping kualiti lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Sekiranya anda menggunakan iPad Pro, mungkin boleh mencubanya hari ini. Atau turut boleh menikmati kandungan HDR ini selepas iPhone 8 dilancarkan di Malaysia kelak.

Muat-Turun Netflix untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Menambah Sokongan Penstriman HDR Untuk iPhone 8, iPhone X Dan iPad Pro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info