Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Motorola Moto G4 Plus Akan Menerima Android Oreo

Minggu lalau Motorola mengeluarkan senarai 12 peranti yang akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo, Ini ialah senarai yang agak pendek dan terdapat peranti yang belum berusia dua tahun yang tidak disenaraikan seperti Motorola Moto G4 Plus. Ini menimbulkan kemarahan pengguna kerana Moto G4 Plus diiklankan akan menerima Oreo

Motorola menyedari akan kemarahan pengguna dan bersetuju untuk memberikan kemaskini di masa hadapan. Menurut mereka kesilapan sebenarnya berlaku pada teks pengiklanan Moto G4 Plus sedangkan biasanya peranti keluarga ini hanya akan menerima satu kemaskini versi Android sahaja. Moto G4 Plus telahpun menerima kemaskini ke Nougat sebelum ini. Berita buruk di sini ialah Moto G4 dan G4 Play masih tidak akan menerima Oreo kerana tidak pernah diiklankan untuk menerimanya oleh Motorola.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Motorola Moto G4 Plus Akan Menerima Android Oreo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info