Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone Baru Dijangka Dikenali Dengan Nama ‘iPhone 8’, ‘iPhone 8 Plus’ Dan ‘iPhone X’

Pada minggu hadapan, salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah pengenalan telefon pintar iPhone baru daripada Apple. Dengan pelbagai ketirisan sebelum ini, kini salah seorang pembangun menemui nama panggilan untuk iPhone baru pada versi pembangunan iOS 11 terkini.

Daripada apa yang dilihat, Apple mungkin melompat daripada penggunaan ‘iPhone 7s’ terus kepada ‘iPhone 8’. Versi pembangunan iOS 11 berkenaan dilihat menggunakan nama iPhone 8 dan juga iPhone X.

iPhone X dijangka akan digunakan sebagai nama untuk versi iPhone menggunakan skrin OLED dan bingkai nipis pada bahagian tepi. Ia turut dijangka hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru bersempena ulang-tahun ke-10 sejak iPhone pertama diperkenalkan.

Sementara iPhone 8 pula merupakan dilihat sebagai kemaskini naik-taraf untuk iPhone 7 sebelum ini.

Seperti biasa, kita akan dapat melihat sama ada Apple akan menggunakan nama panggilan baru ini secara rasminya atau tidak melalui acara yang dijadualkan pada awal pagi Rabu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone Baru Dijangka Dikenali Dengan Nama ‘iPhone 8’, ‘iPhone 8 Plus’ Dan ‘iPhone X’"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info