Samsung hari ini akhirnya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga Galaxy Note, iaitu Galaxy Note 8. Keluarga peranti yang mempopularkan phablet ini hadir dengan rekaan skrin 6.3-inci menggunakan panel paparan penuh Infinity Display – lebih kurang sama seperti pada Galaxy S8, tetapi kini ia turut menyertakan ruangan untuk S-Pen pada bahagian bawah.
Galaxy Note 8 hadir dengan cip Exynos 8895, memori sehingga 6GB RAM, dilengkapi storan sehingga 256GB, dan bateri berkapasiti 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Samsung Galaxy Note 8 turut menjadi telefon pintar pertama Samsung dengan penggunaan dwi-kamera. Samsung menggunakan gabungan kamera 12MP+12MP yang menawarkan ciri seperti zoom optikal, serta kebolehan merakamkan gambar dengan kaburkan bahagian latar belakang. Untuk kamera hadapan pula, Samsung menyertakan kamera 8-megapixel. Samsung turut meletakkan pengimbas cap jari bersebelahan dengan lensa kamera di belakang.
Selain daripada hanya spesifikasi, pihak Samsung turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik dari segi perisian. Antaranya adalah termasuk sokongan kecerdasan buatan Bixby, Live Message yang memudahkan anda menghasilkan lakaran GIF menggunakan S-Pen, dan kebolehan merakamkan gambar melalui Live Focus. Pada bahagian kamera juga, Samsung membawakan sokongan zoom dua kali melalui penggunaan dwi-kamera. Samsung turut mengatakan yang mana siri Note ini ditujukan kepada power-user, selain yang ingin melakukan multi-tugasan dengan mudah pada telefon pintar mereka.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan – Dilengkapi Dwi-Kamera, S-Pen Dan Skrin “Infinity Display”"