Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Razer Memperkenalkan Razer Wolverine Ultimate – Pengawal Permainan Video Khusus Untuk PC Dan Xbox One

Pengawal permainan Xbox One ialah sebuah aksesori permainan video dan komputer yang cukup digemari oleh orang ramai. Banyak pembuat aksesori pihak ketiga mereka aksesori pengawal permainan video berasaskan pengawal Xbox One ini.

Razer merupakan salah sebuah jenama ini, dan terkini, mereka baru sahaja mengumumkan kehadiran pengawal permainan video Razer Wolverine, yang boleh digunakan untuk mengawal permainan video pada platform Xbox One dan juga komputer desktop.

Pengawal ini direka dengan kebolehan pengubahsuaian untuk beberapa komponen, termasuklah D-Pad, pengawal analog dan juga enam butang dan pemicu melalui perisian Razer Synapse. Dalam pada itu, pengawal ini juga hadir dengan sokongan sistem penyalaan RGB yang boleh diubahsuai coraknya melalui butang pada pengawal Wolverine Ultimate tersebut tanpa perlu memasang sebarang perisian.

Menurut Razer, pengawal permainan video Razer Wolverine Ultimate ini akan hadir di kedai atas-talian Razer pada bulan September kelak, dan akan dijual pada harga $159 (RM 679).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Razer Memperkenalkan Razer Wolverine Ultimate – Pengawal Permainan Video Khusus Untuk PC Dan Xbox One"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info