Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pesawat Tempur PAK-FA Russia Kini Menggunakan Nama Rasmi Sukhoi Su-57

Pesawat tempur generasi ke-lima PAK-FA melakukan penerbangan pertama pada tahun 2010. Ia adalah jawapan Russia kepada pesawat F-22 Raptor milik Amerika Syarikat dan Chengdu J-20 milik China. PAK-FA dijangka memulakan operasi pada tahun 2019 dan nama rasminya telah diumumkan sebagai Sukhoi Su-57.

Seperti Raptor dan J-20, Su-57 direka dengan kemampuan sukar dikesan dengan radar. Tubuh pesawat dibina menggunakan bahan komposit dan sistem persenjataan disimpan sepenuhnya di dalam tubuh bagi mengurangkan RCS.

Tentera Udara Russia akan menerima 12 Su-57 menjelang 2019 dengan pesanan mungkin meningkat ke 200 pesawat. Harga jualan pesawat ini ialah sekitar $50 Juta (~RM 214 Juta) sebuah. Ciri menarik lain Su-57 ialah enjin dengan tujahan 3D bagi memberikan kemampuan adi-pergerakan (supermaneuvrability) yang menjadi keunikan pesawat keluaran Sukhoi. Enjin generasi baru ini juga dilengkapi sistem supercruise pada kelajuan Mach 1.3.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pesawat Tempur PAK-FA Russia Kini Menggunakan Nama Rasmi Sukhoi Su-57"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info