Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Pengolokan Rasmi Motorola Moto X4 Dan Spesifikasi Penuh Tertiris

Motorola kembali dengan garang tahun ini selepas Lenovo menggunakan semula nama syarikat legenda ini pada peranti keluaran mereka. Motorola Moto X4 ialah sebuah lagi peranti yang bakal dilancarkan. Gambar pengolokan rasmi serta spesifikasi penuhnya tertiris hari ini.

Motorola Moto X4 5.2″ HD penuh, diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 630, memori 3/4GB dan storan 32/64GB. Dwi-kamera pada bahagian belakang menggunakan sensor 12+8 Megapixel f/2.0+f/2.2 dengan sistem pemfokusan PDAF. Pada bahagian hadapan pula kamera 16-Megapixel f/2.0 disertakan.

Kedua-dua kamera hadapan dan belakang dikatakan mampu merakan video pada resolusi 4K. Membekalkan kuasa kepada peranti ialah bateri sebesar 3000 mAh yang menyokong pengecasan pantas TurboPower.

Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian dagu. Panel belakang X4 diperbuat daripada kaca dengan sisi yang melengkung bagi memberikan keselesaan. Akhir sekali peranti ini turut hadir dengan kemampuan kalis air IP68. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga setakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Pengolokan Rasmi Motorola Moto X4 Dan Spesifikasi Penuh Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info