Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PBSM Memperkenalkan Aplikasi Khusus Menawarkan Kandungan Bantuan Kecemasan

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) kini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai First Aid Red Crescent. Melalui aplikasi berkenaan, sejumlah kandungan disediakan, termasuk informasi berkaitan pelbagai situasi kecemasan harian, tips untuk respon terhadap kecemasan, dan beberapa kandungan lain.

PBSM

Ditawarkan dalam pilihan bahasa Malaysia dan Inggeris, aplikasi ini juga turut menyediakan akses kepada kandungan berbentuk video untuk memudahkan lagi pemahaman, sekaligus mengawal sebarang kecederaan atau kecemasan.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk semua, dan turut menyediakan akses kepada beberapa bahagian lain – termasuk kemudahan untuk menderma kepada pihak PBSM.

Bagi anda yang berminat, boleh meuat-turun aplikasi ini pada peranti mudah-alih anda, dan bersedia untuk sebarang kecemasan harian.

PBSM Android

Muat-Turun First Aid Red Crescent untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PBSM Memperkenalkan Aplikasi Khusus Menawarkan Kandungan Bantuan Kecemasan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info