Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Membawa Masuk Gaming Laptop MSI GE63VR Dan GE73VR Raider Untuk Pasaran Malaysia

Laptop-laptop khusus untuk gaming yang menggunakan kad grafik terbaru NVIDIA Pascal, dan terkini, pihak MSI memperkenalkan bukan satu, tetapi dua buah laptop khusus untuk gaming, terutamanya e-sukan dengan laptop MSI GE63VR Raider dan MSI GE73VR Raider.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua laptop ini hadir dengan beberapa spesifikasi dalaman yang sama. Ini termasuklah penggunaan CPU Intel Core i7-7700HQ dan memori DDR4 sebanyak 8GB. Dari segi storan, laptop MSI GE63VR Raider hadir dengan SSD PCIe dengan storan 128GB dan juga cakera keras 1TB, manakala MSI GE73VR Raider pula hadir dengan SSD PCIe 256GB dan cakera keras sebanyak 1TB.

Untuk pemprosesan grafik, kedua-dua laptop ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 dengan memori GDDR5 sebanyak 6GB. Ini dipadankan dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dan 17.3 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel yang mempunyai kadar segar semula paparan 120Hz @ 3ms, dan mampu menunjukkan 94 peratus warna NTSC untuk gambaran yang lebih menawan.

Kedua-dua laptop ini juga hadir dengan papan kekunci Steel Series yang mempunyai sistem penyalaan RGB MSI Mystic Light, dan menariknya, warna pada setiap kekunci ini boleh diubahsuai melalui perisian MSI Dragon Center.

Satu lagi ciri yang cukup menarik ialah port-port USB pada kedua-dua laptop ini mempunyai lampu LED mereka sendiri, yang membolehkan pengguna memastikan lokasi port tersebut.

Bagi mereka yang risau tentang pengaliran haba laptop ini memandangkan komponen-komponen yang digunakan, kedua-dua model GE63VR dan GE73VR hadir dengan sistem penyejukan Cooler Boost 5 yang mengalirkan haba melalui bahagian belakang dan tepi laptop-laptop ini.

Laptop MSI GE63VR Raider akan dijual pada harga RM7199, manakala laptop MSI GE73VR Raider pula mempunyai tanda harga RM7499.

Mereka yang berminat boleh mula pra-tempah laptop=laptop tersebut bermula 10 Ogos 2017 sehingga 24 Ogos 2017 di laman web MyMSI Store, 11street ataupun kedai elektronik Harvey Norman. Setiap pra-tempahan laptop-laptop ini akan hadir dengan sebuah tetikus gaming MSI Clutch yang bernilai RM650.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Membawa Masuk Gaming Laptop MSI GE63VR Dan GE73VR Raider Untuk Pasaran Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info