Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) HTC Mungkin Hadir Dengan Peranti Spesifikasi Pertengahan Dilengkapi Ciri Edge Sense

HTC telah sedia memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dinamakan HTC U11, dimana selain hadir dengan spesifikasi yang baik, telefon pintar ini turut hadir dengan sebuah ciri baru yang dinamakan Edge Sense. Melalui cir ini, pengguna boleh memicit telefon pintar mereka untuk membuat beberapa perkara.

Sebagai contoh, memicit untuk merakamkan gambar, mengakses sesuatu aplikasi, dan sebagainya. Pengguna turut boleh mengawal kadar kekuatan memicit untuk melakukan sesuatu tugasan berbeza.

Kini, desas-desus baru hadir ke arena web mengatakan HTC mungkin menyertakan teknologi Edge Sense ini pada telefon pintar berspesifikasi pertengahan. Mengikut apa yang diperkatakan, peranti ini mungkin menggunakan cip Snapdragon 660, skrin 5.2-inci, dan dilengkapi kamera belakang dan hadapan 16-megapixel.

Seperti biasa, ia hanya sekadar desas-desus sahaja buat masa ini. HTC sendiri telah mengatakan mereka akan mengeluarkan sebilangan kecil telefon pintar sahaja untuk tahun 2017 ini jikalau dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Tetapi, sekiranya HTC ingin membuka integrasi Edge Sense kepada para pembangun ketiga, semestinya mereka memerlukan angka pengguna ramai menggunakan fungsi berkenaan, dan salah satunya adalah dengan menawarkan peranti berharga rendah dengan integrasi ciri tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) HTC Mungkin Hadir Dengan Peranti Spesifikasi Pertengahan Dilengkapi Ciri Edge Sense"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info