Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tesla Model 3 Dilancarkan – Kereta Elektrik Mampu Milik Pertama Tesla

Kenderaan elektrik bakal menggantikan kenderaan petrol dan diesel sedia ada. Negara seperti India, Denmark dan UK sudah mempunyai perancangan untuk membenarkannya hanya kenderaan elektrik dijual di masa hadapan. Tetapi kenderaan elektrik buat masa ini masih lagi terlalu mahal. Dengan pelancaran Telsa Model 3, kenderaan elektrik mampu milik kini menjadi kenyataan.

Tesla Model 3 ialah kenderaan ke empat yang dihasilkan mereka. Berbeza dengan model Roadster, X dan S, harga jualan Model 3 bermula dari $35,000 (~RM 150,000) sebuah. Kenderaan empat pintu ini mempunyai jarak penggunaan sehingga 498 km dengan kelajuan maksimum 209 km/j. Ia boleh memecut dari sifar ke 100 km/j dalam masa 5.6 saat.

Model 3 tidak mempunyai paparan meter dashboard seperti kenderaan biasa. Sebuah skrin sesentuh sebesar 15″ diletakkan di konsol tengah yang memaparkan maklumat kelajuan, pemetaan, panggilan telefon dan menjadi skrin untuk menonton video. Menurut Elon Musk, pengguna tidak akan memandu di masa hadapan kerana sistem swapandu. Oleh itu hanya sebuah skrin di bahagian tengah diperlukan.

Dengan pelancaran Model 3, Elon Musk memenuhi janji tahun 2007 beliau untuk menghasilkan kenderaan swapandu elektrik yang dipasarkan kepada semua. Adakah kita sudah bersedia untuk mengucapkan hello kepada kenderaan elektrik sepenuhnya di Malaysia?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tesla Model 3 Dilancarkan – Kereta Elektrik Mampu Milik Pertama Tesla"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info