Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Akan Memulakan Ujian Beta Untuk PS4 System Software 5.0 Pada Awal Ogos

PlayStation 4 merupakan konsol daripada Sony yang sering menawarkan sejumlah ciri-ciri baru melalui kemaskini perisian yang ditawarkan setiap beberapa bulan sekali. Terkini, Sony turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini PS4 System Software 5.0 tidak lama lagi, dan sebagai persediaan awal, mereka akan menawarkan perisian berkenaan dalam bentuk ujian beta kepada para pengguna.

Buat masa ini, Sony tidak mengumumkan sebarang perkara berkenaan apakah ciri-ciri baru yang bakal dibawakan oleh kemaskini perisian baru ini kelak.

Sony hanya mengumumkan yang mana mereka akan memulakan ujian beta untuk PS4 System Software 5.0 pada awal Ogos ini. Pendaftaran minat telah dimulakan untuk pengguna di Jepun dan Amerika Syarikat. Berkemungkinan pihak Sony juga akan membuka ujian beta ini kepada para pengguna di rantau Asia Pasifik ini.

Bagi anda sendiri, apakah kemaskini atau ciri baru yang dinantikan anda pada PlayStation 4?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Akan Memulakan Ujian Beta Untuk PS4 System Software 5.0 Pada Awal Ogos"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info