Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Selamat Tinggal iPod Nano Dan Shuffle – Apple Menamatkannya

Apple sebelum ini mempunyai beberapa penawaran iPod, dan hari ini mereka membuat perubahan pada penawaran berkenaan. Bermula hari ini, tiada lagi penawaran iPod Nano dan juga iPod Shuffle, sebaliknya Apple akan memfokuskan kepada iPod Touch sahaja selepas ini.

Perkara ini mungkin sedia dijangkakan ramai, memandangkan Apple sendiri tidak mengemaskini dan memberikan fokus terhadap penawaran kedua-dua keluarga iPod ini. iPod Nano tidak menerima sebarang kemaskini drastik sejak 2012 yang lepas, sementara kali terakhir iPod Shuffle menerima kemaskini besar adalah sekitar 2010.

iPod Nano merupakan iPod bersaiz kompak dengan sokongan skrin sentuh, hadir terbina dengan sokongan radio FM, selain memudahkan pengguna menikmati video melaluinya. iPod Shuffle pula iPod bersaiz kecil tanpa skrin, dan memfokuskan kepada mendengar lagu sahaja.

Selepas ini, bagi anda yang inginkan peranti dengan fokus muzik semata-mata, mungkin anda boleh mendapatkan iPod Touch sahaja daripada Apple.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selamat Tinggal iPod Nano Dan Shuffle – Apple Menamatkannya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info