Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samurai Shodown V Special Akan Hadir Ke PlayStation 4 Dan Vita

Semasa kami muda remaja dahulu, konsol Neo Geo ialah satu-satunya konsol yang tidak mampu kami miliki. Konsol keluaran SNK ini mempunyai grafik seakan arked dengan permainan popular seperti Fatal Fury dan Final Fight. Tetapi permainan yang paling kami minati ialah Samurai Shodown kerana ia penuh keganasan kerana pemain boleh membelah tubuh musuh . Kami sanggup membayar RM10 untuk bermain konsol Neo Geo selama sejam di kedai permainan video.

Sony melancarkan teaser untuk Samurai Shodown V Special semalam. Permainan ini akan hadir pada PlayStation 4 dan PSVita pada musim panas. Samurai Shodown V pada asalnya dilancarkan pada tahun 2003 pada PlayStation 2, Xbox, Arked dan Neo Geo.

Bagi peminat yang merindui Haohmaru dan Nakoruru kemunculan permainan ini di PS4 pasti dinantikan. Kami hanya mampu berharap World Heroes untuk PS4 pula akan diumumkan selepas ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samurai Shodown V Special Akan Hadir Ke PlayStation 4 Dan Vita"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info