Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dell Latitude 7285 Mula Dijual – Komputer Riba Dengan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar

Pengecasan tanpa wayar pertama kali digunakan pada  komputer keluaran Dell pada tahun 2009 dengan Dell Latitude Z. Sistem pengecasan ini diperkenalkan semula pada Dell Latitude 7285 yang diperlihatkan di acara CES 2017 Januari yang lalu.

Selepas setengah tahun, Dell Latitude 7285 akhirnya mula dijual di Amerika Syarikat. Ia dilengkapi skrin 12″ HD penuh, pemproses Intel Core-i5-7Y54, memori sebesar 8GB RAM dan storan 128 GB. Harga jualan bermula dari $1200 (~RM 5150) sebuah. Ini tidak termasuk papan kekunci yang diperlukan bagi pengecasan tanpa wayar dan pad pengecasan tanpa wayar. Kedua-dua aksesori tambahan ini dijual pada harga $550 (~RM 2360).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dell Latitude 7285 Mula Dijual – Komputer Riba Dengan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info