Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Google Instant Search Telah Dihentikan

Menggunakan Google bagi mencari maklumat sudah menjadi kebiasaan manusia di muka bumi. Pada tahun 2010, perkhidmatan Google Instant Search diperkenalkan bagi mempercepatkan proses carian. Pautan ke laman akan terpapar sebelum pengguna menekan butang enter pada kekunci.

Sistem ini walaubagaimanapun telah dihentikan serta merta. Alasan yang diberikan ialah carian Google kini lebih banyak dilakukan menerusi peranti mudah alih dan Instant Search dilihat sebagai tidak lagi perlu. Kini apabila carian dimasukkan ke dalam kotak Google, hanya saranan carian Google Suggestion akan diberikan. Kita kini boleh lihat bagaimana penekanan terhadap peranti mudah alih mengubah perkhidmatan yang diterima. Sebagai peminat sistem Instant Search di desktop, fungsi ini akan kami rindui.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Google Instant Search Telah Dihentikan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info