Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Realiti Maya Kendiri Vive Standalone Diumumkan Untuk Pasaran China

HTC Vive yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu memerlukan sebuah PC berkuasa tinggi untuk menggunakannya. Ini menjadikan kos untuk memiliki set lengkap realiti maya adalah amat tinggi bagi kebanyakan pengguna. Oleh itu peranti realiti maya kendiri diperlukan bagi menjadikannya lebih murah dan mudah dibawa kemana-mana. Di acara ChinaJoy, peranti realiti maya kendiri Vive Standalone diumumkan.

Ia dilancarkan khas untuk pasaran China dan menggunakan platform Viveport bagi menyampaikan kandungan kepada pelanggan. Vive Standalone diperkasakan pemproses Snapdragon 835 dan teknologi Worldview untuk menjejak kedudukan tiga paksi dijejak secara nyata.

Rekaannya menyamai peranti realiti maya kendiri yang diumumkan oleh Vive di acara Google I/O Mei yang lalu. Perbezaan di sini ialah Standalone VR tidak menggunakan sistem Google Dayream kerana halangan perkhidmatan Google Play di China.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Realiti Maya Kendiri Vive Standalone Diumumkan Untuk Pasaran China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info