Sembang Maniac

Sembang-sembang je

O-R3 – Robot Yang Akan Mengambil Alih Kerja 25% Pasukan Polis Dubai Menjelang 2030

Di dalam dunia fiksyen sains, polis robotik akan mengambil alih tugas polis biasa. Fiksyen semakin menjadi realiti di Dubai dengan sasaran sekitar 25% daripada keseluruhan anggota polis mereka dijangka akan menggunakan robot. O-R3 keluaran OTSAW ialah robot peronda yang akan memulakan operasi di Dubai pada penghujung tahun ini.

Robot swapandu ini mempunyai saiz yang kompak empat kaki panjang dan dua kaki lebar. Sungguhpun begitu ia dilengkapi sistem kamera HD sudut lebar yang boleh mengenalpasti suspek dan kenderaan curi dari jarak 330 kaki. Ia hanya mampu bergerak pada kelajuan sekitar 5 kilometer sejam. Apabila suspek perlu dikejar, ia menghantar mesej kepada pegawai polis manusia terdekat untuk melakukan tugas menangkap. Dron terbina pada O-R3 boleh diterbangkan bagi memantau pergerakan suspek.

Sebanyak 100 unit O-R3 akan beroperasi menjelang 2020 dengan kos sewaan $10,000 sebulan. Nampaknya penggunaan pasukan polis robotik ini hanya boleh menjadi realiti di negara-negara yang mewah sahaja buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "O-R3 – Robot Yang Akan Mengambil Alih Kerja 25% Pasukan Polis Dubai Menjelang 2030"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info