Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nintendo Memfailkan Tanda Dagang Nintendo 64 Mini

September hadapan Nintendo Super NES Classic Mini akan mula dijual. Sambutan ke atas SNES dan NES Classic amat luar biasa dan mengejutkan pihak Nintendo. Kini terdapat bukti mereka mempunyai perancangan untuk sebuah lagi konsol klasik iaitu Nintendo 64.

Mereka memfailkan tanda dagang untuk Nintendo 64. Turut difailkan ialah logo berbentuk pengawal permainan N64. Rekaan yang digunakan mempunyai persamaan dengan logo yang difailkan untuk NES dan SNES Classic. Oleh itu boleh diandaikan konsol mini N64 akan dilancarkan di masa hadapan. N64 ialah antara konsol yang tidak pernah kami miliki tetapi semasa di kolej kami kerap bermain Golden Eye 64 yang merupakan sebuah permainan klasik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Memfailkan Tanda Dagang Nintendo 64 Mini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info