Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Moto Z2 Force Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang Dan Moto Mods

Lenovo pada tahun ini dilihat memfokuskan jenama Moto untuk peranti mudah-alih, dan telah hadir dengan beberapa peranti dibawahnya. Terkini, hari ini, mereka turut telah memperkenalkan Moto Z2 Force di Amerika Syarikat.

Dengan hadirnya dibawah jenama siri-Z, ia hadir dengan sokongan modular – membolehkan para pengguna menambah sebarang Moto Mods untuk beberapa ciri-ciri tambahan. Disebabkan itu juga, Moto Z2 Force menawarkan rekaan yang nipis – disamping rekaan yang lebih kurang menyerupai peranti keluarga Moto Z lain disebabkan penggunaan Moto Mod.

Moto Z2 Force

Berbalik kepada Moto Z2 Force, ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci sama seperti Moto Z2 Play sebelum ini, tetapi pada resolusi lebih tinggi, iaitu 2560×1440 pixel. Moto Z2 Force juga menawarkan kuasa pemprosesan lebih tinggi, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, selain dilengkapi dengan dwi-kamera belakang dengan gabungan sensor 12-megapixel monokrom dan 12-megapixel RGB. Untuk bahagian hadapan, Moto Z2 Force menggunakan kamera 5-megapixel.

Dari segi bateri, ia hanya hadir dengan bateri berkapasiti 2730mAh. Mungkin kita boleh berharap agar penggunaan cip dengan rekaan 10nm akan menjimatkan penggunaan tenaga pada peranti ini.

Buat masa ini, Moto Z2 Force hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat, dimana ia ditawarkan pada harga sekitar $720 (~RM3000+).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Moto Z2 Force Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang Dan Moto Mods"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info