Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jeff Bezos, Pengasas Amazon Melangkaui Bill Gates Sebagai Manusia Paling Kaya Di Dunia

Amazon, merupakan salah satu syarikt e-dagang popular, dan telah memperluaskan penawaran mereka ke Asia Tenggara pada minggu ini. Minggu ini, mereka akan membuat pengumuman kewangan mereka, dan menariknya, hari ini ia memperlihatkan peningkatan harga saham Amazon – sekaligus menjadikan kekayaan Jeff Bezos melangkaui Bill Gates.

Peningkatan harga saham ini membawa kepada kekayaan Jeff Bezos melangkaui lebih $90 bilion, sekaligus mengatasi rekod manusia terkaya yang dipegang oleh Bill Gates sejak 2013 yang lepas.

Bezos memegang sekitar 17% daripada syarikat Amazon, yang mana memperlihatkan peningkatan drastik pada tahun 2017 ini. Pada awal tahun, Bezos tersenarai sebagai manusia ke-4 terkaya, dan sejak daripada itu, kekayaan beliau telah meningkat secara drastik dari hari ke hari berikutan peningkatan harga saham Amazon.

Memandangkan ia bergantung kepada harga saham, maka tidak mustahil kita melihat ia turun dan naik pada bila-bila masa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jeff Bezos, Pengasas Amazon Melangkaui Bill Gates Sebagai Manusia Paling Kaya Di Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info