Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jack Ma Memuji Kepantasan Malaysia Dalam Melaksanakan Projek Digital

Lelaki terkaya di Asia ialah Jack Ma yang mengasaskan empayar Ali Baba. Tahun ini beliau bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk membangunkan projek zon bebas perdagangan digital. Dengan projek ini ia memberikan peluang kepada rakyat untuk mencuba bidang e-dagang yang semakin berkembang maju.

Di dalam temubual bersama The Nation, hartawan ini memuji kepantasan Malaysia melaksanakan projek-projek digital. Sebagai contoh projek e-WTP (World Trade Platform) Malaysia dilaksanakan dalam masa hanya tiga bulan selepas perbincangan dilakukan di antara Malaysia dan pihak beliau. Beliau merasakan ini adalah mustahil tetapi negara kita membuktikan sebaliknya. Ini menjadikan Malaysia negara pertama di rantai Asia Tenggara mempunyai hab e-WTP. Di dalam dunia yang bergerak pantas selari dengan teknologi, kepantasan Malaysia melaksanakan projek digital ini akan memastikan negara kita sentiasa di hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jack Ma Memuji Kepantasan Malaysia Dalam Melaksanakan Projek Digital"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info