Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jabatan Bomba KL Melancarkan Aplikasi Android – Memudahkan Anda Menghubungi Pihak Bomba

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur kini telah hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna peranti Android – dimana melaluinya, sejumlah info menarik mengenai Bomba dikongsikan, disamping pada masa yang sama memudahkan pengguna menghubungi pihak Bomba berdekatan.

Dinamakan Bomba KL, aplikasi ini menyediakan akses kepada direktori bomba, kemudahan membuat aduan melaluinya, akses kepada pelbagai statistik, perkongsian info dan fakta menarik, serta sejumlah informasi mengenai jabatan berkenaan.

Bomba KL

Ia juga turut hadir dengan butang SOS yang mendail nombor kecemasan awam, atau pengguna turut boleh memilih untuk mengesan lokasi semasa anda untuk mengetahui balai Bomba berdekatan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini di Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Bomba KL di Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jabatan Bomba KL Melancarkan Aplikasi Android – Memudahkan Anda Menghubungi Pihak Bomba"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info