Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Menangguhkan Pengenalan Ciri Membuat Salinan Pendua Komputer Melalui Google Drive

Google pada bulan Jun lepas telah mengumumkan mereka bakal menawarkan kemudahan untuk membuat salinan pendua komputer melalui Google Drive – sekaligus memastikan pelbagai fail dan dokumen penting selamat.

Melalui ciri baru ini, pengguna boleh menetapkan folder yang ingin dimuat-naik ke Google Drive, dan sync secara automatik selepas itu.

Google Drive Backup

Ciri yang dinamakan sebagai Backup & Sync ini pada awalnya dijadualkan untuk diperkenalkan pada 28 Jun 2017, tetapi tarikh berkenaan berlalu tanpa pengenalan ciri berkenaan.

Kini, berkongsi mengenainya, Google mengatakan ia akan hadir dalam beberapa minggu lagi. Melalui jadual pembangunan Google, ia dilihat bakal diperkenalkan sekitar 12 Julai kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Menangguhkan Pengenalan Ciri Membuat Salinan Pendua Komputer Melalui Google Drive"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info