Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iPhone 6 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1499

Apple iPhone 5s baru-baru ini telah diturunkan harga kepada RM999. Kini, selain iPhone 5s, harga untuk model iPhone 6 juga dilihat telah diturunkan, dan kini boleh didapati pada harga RM1499.

Penurunan harga ini boleh dikatakan sedikit pantas berbanding kebiasaan. Apple sebelum ini telah menawarkan iPhone 6 pada harga RM1999 bermula Mac 2017, dan kini selang 4 bulan, ia telah menerima potongan harga sebanyak RM500.

iPhone 6 dengan storan 32GB ini hadir menggunakan skirn 4.7-inci dengan paparan Retina, dilengkapi cip Apple A8, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 1.2-megapixel. Ia hadir dengan iOS 10, tetapi akan menerima kemaskini iOS 11 dalam beberapa bulan lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh ke kedai pengedar produk Apple, dan mendapatkan ia pada harga RM1499 hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iPhone 6 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1499"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info