Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fitbit Mengesahkan Jam Tangan Pintar Mereka Akan Hadir Tahun Ini

Ramai peminat peranti boleh-pakai sedia menantikan jam tangan pintar Fitbit sejak daripada awal tahun. Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Fitbit mengalami sedikit penangguhan dan pelbagai persoalan hadir sama ada Fitbit akan berjaya memasarkan jam tangan pintar mereka atau sebaliknya.

Kini bercakap mengenainya kepada Financial Times, pihak Fitbit menekankan yang mana jam tangan pintar mereka akan hadir pada tahun ini seperti mana ia dijadualkan.

Jam tangan pintar Fitbit ini dijangka hadir dengan sejumlah sensor untuk biometrik, selain dilengkapi dengan sensor GPS. Walaubagaimanapun, tiada sokongan LTE yang dirancang – untuk menawarkan masa bertahan yang lebih lama.

Fitbit sebelum ini turut telah diperkatakan bakal hadir dengan kedai aplikasi mereka tersendiri memfokuskan penawaran aplikasi untuk platform mereka.

Tiada tarikh yang diberikan buat masa ini, tetapi mungkin kita boleh melihatnya hadir pada suku ke-4 2017 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fitbit Mengesahkan Jam Tangan Pintar Mereka Akan Hadir Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info