Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook TV Dijangka Diperkenalkan Pada Ogos Kelak

Facebook sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan sedang berbincang dengan sejumlah penerbit kandungan untuk hadir dengan rancangan eksklusif untuk mereka – ala-ala Netflix atau YouTube Red. Kini, menurut laporan baru, laman sosial berkenaan dijangka memperkenalkannya sekitar Ogos kelak.

Facebook dijangka menawarkan kandungan eksklusif antara 5 ke 10 minit melalui platform mereka hasil kerjasama dengan sejumlah penerbit kandungan – sekaligus memudahkan penerbit kandungan turut menjana pendapatan melaluinya.

Sebelum ini, ia disasarkan untuk pengenalan pada bulan Jun lepas, tetapi dilihat sedikit ditangguhkan – dan kini dikatakan mungkin hadir pada bulan Ogos kelak.

Facebook sendiri sebelum ini telah lebih mula mengetengahkan video pada laman sosial mereka, selain turut hadir dengan aplikasi khusus untuk Facebook pada televisyen pintar.

Apa pun, salah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah sama ada penawaran kandungan ini akan eksklusif untuk Amerika Syarikat sahaja, atau akan ditawarkan pada peringkat global.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook TV Dijangka Diperkenalkan Pada Ogos Kelak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info