Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Hadir Dengan Teaser Untuk Zenfone 4 – Memfokuskan Ciri Kamera

Asus pada tahun ini hanya hadir dengan Zenfone AR sahaja, dan seperti biasa, ramai peminat Asus yang menantikan telefon pintar terbaru daripada pengeluar Taiwan berkenaan, iaitu Asus Zenfone 4.

Pihak Asus dijangka memperkenalkan ia secara rasminya pada bulan Ogos kelak. Selari dengannya, kini Asus telah mula hadir dengan beberapa teaser untuk mempromosikan telefon pintar akan datang mereka berkenaan.

Asus Zenfone 4 Teaser

Asus Zenfone 4 Teaser

Daripada teaser yang diperlihatkan, Zenfone 4 dilihat mungkin hadir dengan sokongan dwi-kamera, selain turut memberikan petanda yang mana ia akan menawarkan keupayaan merakamkan gambar dengan lebih jelas – mungkin melalui ciri zoom dan sebagainya.

Dengan populariti sokongan dwi-kamera, dan zoom optikal, tidak mustahil kita turut melihatnya hadir pada peranti Asus akan datang ini.

Seperti biasa, Asus masih tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran untuk peranti berkenaan buat masa ini. Tetapi, memandangkan ia telah mula memasuki Sirim, maka kita mungkin akan dapat melihat Zenfone 4 ditawarkan di Malaysia beberapa minggu selepas ia diumumkan secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Hadir Dengan Teaser Untuk Zenfone 4 – Memfokuskan Ciri Kamera"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info