Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon Akan Dilancarkan Di Singapura Seawal Minggu Ini

Arena e-dagang di rantau Asia Tenggara semakin sengit akhir-akhir ini. Lazada yang dimiliki oleh Alibaba sedia mengukuhkan kedudukan mereka sejak tahun lepas – dan kini, penyedia e-dagang popular dari Amerika Syarikat, iaitu Amazon dijangka akan memasuki pasaran Asia Tenggara secara rasminya minggu ini melalui pelancaran di Singapura.

Perkara berkaitan kemasukkan Amazon ke rantau Asia Tenggara telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas.

Amazon dijangka akan menawarkan Amazon Prime, Amazon Prime Now dan juga perkhidmatan e-dagang biasa melalui penawaran di Singapura.

Amazon melalui agensi di Singapura dilihat telah mula melakukan pelbagai promosi menggunakan selebriti sosial di Singapura – dan menurut laporan TechCrunch, ia akan dilancarkan seawal minggu ini.

Dengan kemasukkan Amazon secara rasminya ke rantau Asia Tenggara, ia akan memberikan persaingan secara sihat kepada penyedia e-dagang yang lain, termasuk Lazada.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Amazon akan memperluaskan penawaran mereka secara drastik ke negara Asia Tenggara lain termasuk Malaysia dalam masa terdekat, atau ia akan mengambil masa yang lama sebelum kita melihat ia ditawarkan secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon Akan Dilancarkan Di Singapura Seawal Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info