Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Akhirnya, Pokemon Legenda Akan Ke Pokemon Go

Ketika pengenalan permainan Pokemon Go pada tahun lepas, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah kebolehan untuk menewaskan Pokemon legenda melalui kerjasama berkumpulan dengan rakan-rakan dan pemain lain. Ciri berkenaan telah mengambil masa yang lama untuk diperkenalkan, dan kini Niantic akhirnya mengumumkan pengenalan ciri berkenaan.

Niancit mengatakan Pokemon legenda akan diperkenalkan bermula minggu ini. Pemain akan dapat melihat telur unik untuk Pokemon legenda ini diletakkan di lokasi pusat gim, dan pemain boleh bersedia untuk menewaskan Pokemon berkenaan apabila ia menetas. Para pemain perlu bekerjasama dengan sejumlah pemain lain, dan ia perlu ditewaskan dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi anda yang aktif memainkan Pokemon Go, boleh bersedia dan melihat kepada gim-gim berdekatan bermula 23 Julai 2017 ini – dimana fungsi berlawan secara berkumpulan untuk menewaskan Pokemon legenda akan diperkenalkan secara berperingkat ke seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Akhirnya, Pokemon Legenda Akan Ke Pokemon Go"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info