Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Steve Jobs Pernah Inginkan Butang Fizikal Untuk “Back” Pada iPhone

Pada iPhone hari ini, ramai yang mengenalinya hanya menawarkan hanya satu butang sahaja yang beroperasi untuk pelbagai perkara, dinamakan ramai sebagai butang “Home”. Kini, melalui sebuah buku yang mula djual minggu ini, The One Device, ia dilihat Steve Jobs pernah inginkan sebuah butang fizikal untuk kembali ke sebelumnya, atau sebuah butang “Back” seperti mana yang kita lihat pada kebanyakkan peranti Android hari ini.

Perkara ini hadir daripada salah seorang perekabentuk di Apple, iaitu Imran Chaudhri melalui temuramah di dalam buku berkenaan.

Walaubagaimanapun, selepas melalui perbincangan bersama Steve Jobs, dan menggunakan hujah yang mana menggunakan dua butang akan menjadikan ia lebih kompleks dalam penggunaan – disamping satu butang akan memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara serta meningkatkan lagi keyakinan pengguna.

Akhirnya, Steve Jobs dilihat bersetuju dengannya, dan memperkenalkan iPhone dengan hanya satu butang – seperti mana yang kita kenal hari ini. Bergerak ke hadapan, kini desas-desus turut hadir mengatakan iPhone akan datang bakal kehilangan butang Home.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Steve Jobs Pernah Inginkan Butang Fizikal Untuk “Back” Pada iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info